• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Rugi RM5,500 Diperdaya ‘Parcel Scam’

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tiga laporan polis berkenaan penipuan Macau scam dan satu laporan mengenai ‘parcel scam’ diterima di sini semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah.

Beliau berkata, daripada empat kes tersebut, seorang mangsa tertipu dan tiga berjaya mengelak daripada ditipu.

Katanya, dalam kejadian itu seorang guru perempuan berketurunan Iban berusia 53 tahun mengalami kerugian RM5,500 akibat terpedaya dengan sindiket parcel scam atau penipuan kiriman bungkusan.

Menurut Mustafa, modus operandi parcel scam, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai lelaki Eropah bernama Andrew memberitahu ingin memberi mangsa hadiah.

“Selang beberapa hari selepas itu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan Melayu yang meminta supaya mangsa membayar RM1,500 untuk hadiah tersebut dan meminta supaya mangsa memasukkan wang tersebut ke akaun suspek.

“Pada 27 Sept, lebih kurang 9.32 pagi bertempat di sebuah mesin CDM di Wisma Satok, Kuching, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM1,500 ke akaun suspek.

“Selepas memasukkan wang tersebut sekali lagi suspek menghubungi mangsa dan memberitahu bahawa jumlah pembayaran tidak mencukupi kerana pertukaran wang asing dan telah meminta mangsa membuat pembayaran sekali lagi berjumlah RM4,000 untuk penghantaran hadiah tersebut,” katanya.

Pada 2 Okt lalu, kira-kira jam jam 10 pagi bertempat di mesin CDM di stesen Petronas Matang, Jalan Matang, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM4,000 ke akaun suspek. – BERNAMA

Tags: Guruscam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd