• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Hapus Tol, Mungkir Janji Terbesar PH!

oleh
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Pengakuan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa lebuh raya tanpa tol sebagai sesuatu yang mustahil, adalah antara mungkir janji terbesar dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Justeru Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah melihat biarpun Perdana Menteri mendakwa kononnya cuba halang perkara itu dimasukkan sebagai manifesto PH, ia ternyata tidak boleh diterima akal waras.

Ini kerana rakyat tidak pernah pun terdengar atau terbaca mengenai tentangan Pengerusi PH itu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu tetapi hanya dibangkitkan beliau selepas PH berjaya bentuk jadi kerajaan baharu.

“Bagi kita, itu semua adalah alasan semata-mata. Malah beliau sendirilah menjadi juara ‘Bapa Segala Jalan Raya Bertol’ Malaysia sepanjang zamannya berkuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat dahulu.

“Apatah lagi banyak pemegang konsesi tol adalah mereka diketahui rapat dengannya. Lebih pelik apabila beliau buat kenyataan di luar negara, seolah-olah mahu elak soalan bertalu-talu wartawan di negara sendiri,” kata Shamsul.

Dalam kenyataan media di ibu negara hari ini, beliau menambah, hakikatnya kini jelaslah ‘sokongan’ Mahathir terhadap manifesto PH semata-mata bertujuan menggula-gulakan pengundi bagi jatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Lihatlah sebagaimana janji hapus hutang pinjaman PTPTN dan hasrat memansuhkan semua hutang peneroka Felda yang tidak akan tertunai, Kerajaan PH ternyata meluruhkan harapan banyak pihak yang mengundi mereka.

Baca: Dulu Pekik Mahu Hapus Tol, Kini Apa Cerita – Najib

Dulu Pekik Mahu Hapus Tol, Kini Apa Cerita? - Najib

“Kita harap akuilah hakikat PH gagal tunai janji. Janganlah terus guna helah hutang negara serta menyalahkan aliran atau trend dunia terhadap penarikan modal pelabur asing dan kemerosotan nilai ringgit,” tegas Shamsul.

Apatah lagi tegasnya, Mahathir selalu salahkan kerajaan terdahulu kerana kelemahan urus tadbir Kerajaan PH tetapi pada masa sama berdalih, konon jemaah menteri blok itu kurang berpengalaman terhadap portfolio sendiri.

“Pembinaan lebuh raya Pan Borneo oleh BN di Sabah dan Sarawak adalah bukti bahawa kerajaan dahulu lebih mampu menyediakan laluan darat tanpa tol kepada rakyat berbanding PH yang memerintah Malaysia sekarang.

“Hakikatnya Kerajaan PH dan Perdana Menteri sebenarnya sama sekali gagal mengurus Malaysia pada zaman siber ini,” kata Shamsul dalam nada sindiran merujuk rungutan rakyat marhaen yang tertipu dengan janji manis PH.

Beliau namun menambah, umum pula kini lihat penangkapan dan pendakwaan pemimpin UMNO dalam kerajaan BN terdahulu adalah salah satu strategi Mahathir untuk tutup kelemahan kepincangan Kabinetnya kepada rakyat.

Nampaknya jelas Shamsul, rakyat miskin makin dibohongi dengan pentadbiran rejim ala-diktator ini, apatah lagi sistem kehakiman, pendakwaan dan badan antirasuah sudah berada dalam genggaman kuasa Mahathir sendiri.

“Namun adakah ini sebenarnya keinginan rakyat setelah letak mereka di tampuk kuasa? Saya harap rakyat dapat menilai kualiti kerajaan hari ini. Manifesto pada mereka hanyalah umpan bagi dapat kuasa.” – Mynewshub.tv

Tags: lebuh rayaShamsul Anuar NasarahTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd