• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Didakwa Lancar Kempen Antihalal

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi yang didiami oleh etnik minoriti Islam Uighur melancarkan kempen menentang produk halal bagi halang agama Islam daripada ubah gaya hidup sekular dan mengapi-apikan fahaman ekstremis.

Dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu, ketua Parti Komunis Urumqi mengetuai kader-kader mengangkat sumpah untuk ‘menentang habis-habisan produk halal’, demikian menurut notis yang disiarkan dalam akaun WeChat rasmi pihak pentadbiran bandar itu.

China dikritik teruk oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan asing berikutan laporan negara itu menahan sehingga sejuta penduduk Islam Uighur di Xinjiang.

Beijing menafikan ia secara sistematik melanggar hak orang Islam di Xinjiang dan memberi alasan bahawa kempen penahanan tersebut menyasarkan golongan pelampau yang cuba memecahbelahkan rantau itu.

Akhbar Global Times melaporkan semalam bahawa tuntutan supaya ‘benda menjadi halal yang sebenarnya tidak boleh menjadi halal’ telah mengapi-apikan kebencian terhadap agama lain dan membenarkan Islam mempengaruhi corak kehidupan sekular.

Sebagai sebahagian kempen antihalal tersebut, ketua pendakwa raya Urumqi, Ilshat Osman menulis sebuah esei bertajuk: “Kawan, anda tidak perlu mencari restoran halal semata-mata untuk saya”.

Menurut kenyataan di WeChat itu, kakitangan awam tidak wajar memilih makanan, manakala kantin di tempat kerja akan diubah supaya kakitangan dapat mencuba semua jenis hidangan tanpa mengira status halal.

Kepimpinan Parti Komunis di Urumqi juga berkata, mereka akan mewajibkan kakitangan awam dan anggota parti supaya percaya sepenuhnya kepada ideologi komunis dan bukannya agama.

Rakyat China secara teorinya bebas mengamalkan mana-mana agama tetapi mereka menjadi sasaran pengawasan yang semakin ketat ketika pemerintah cuba meletakkan agama di bawah kawalan Parti Komunis. – Reuters/Kosmo Online

Tags: ChinaEtnik UighurHalal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd