Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Amnesty Lucut Anugerah Diterima...

LUCUT... Amnesty International tanpa dijangka bertindak tarik balik hadiah paling berprestij hak asasi...

Bella-Nazim Masih Rahsiakan Tarikh...

KISAH perhubungan pelakon tinggi lampai, Bella Dally dengan Nazim Othman bukan lagi rahsia dalam...

BSH 2020 Fasa Pertama...

SHAH ALAM - Program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa pertama tahun ini...

Pilihan Raya Negeri Sabah...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cakap-cakap mengenai...

Berenang Seberangi Sungai Sejak 10 Tahun, Orang Asli Mohon Jambatan

ALOR GAJAH – Sejak 10 tahun lalu, penduduk Kampung Orang Asli di Kubang Badak, Tebong di sini terpaksa mengharungi air sungai sedalam satu meter dan adakalanya berenang untuk ke kebun buah-buahan, kelapa sawit dan getah mereka yang terletak di seberang.

Mereka mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas jambatan kayu yang menghubungkan perkampungan mereka dengan kawasan ladang tersebut roboh gara-gara kegiatan melombong pasir yang berleluasa sejak 15 tahun lalu.

“Kira-kira 50 penduduk Orang Asli berulang-alik dari rumah ke tanah seberang sungai setiap hari dan keadaan adalah berbahaya terutama pada musim hujan kerana air sungai boleh naik secara mendadak,” kata Tok Batin Kampung Kubang Badak Besi Dulah kepada Bernama, di sini.

Menurutnya air di sungai selebar 30 meter itu boleh naik sehingga tiga meter jika hujan sekali gus menghalang penduduk mengangkut hasil kebun.

Menurut Besi, 37, masalah mereka telah dibawa kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dan juga pemimpin setempat namun sehingga kini tiada tindakan diambil untuk menggantikan jambatan tersebut.

Katanya jambatan asal di sungai berkenaan dibina sekitar 1980-an sebelum roboh pada 2008 akibat perlombongan pasir yang kali terakhir dijalankan tahun lepas.


“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, ketika kita bertanya kepada pihak terlibat bila mahu bina jambatan baharu, mereka kata masih dalam proses dan baru-baru ini juga saya ada bertanya untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka memberikan alasan tiada bajet untuk membina jambatan tersebut.

“Saya bimbang dengan keselamatan penduduk di kampung ini dan mereka menyeberang ke sungai juga untuk mencari sumber rezeki. Kita harap kerajaan dapat membina jambatan baharu itu demi kemudahan dan keselamatan penduduk,” katanya.

Pada 11 Jun lepas, Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua kegiatan mengorek dan mengambil pasir bagi aktiviti daratan serta kutipan hasil hutan negeri itu dihentikan berkuat kuasa 1 Julai bagi menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. – BERNAMA

Kategori