JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pontian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas kesalahan pecah amanah membabitkan RM11,315 pada 2014.
Tertuduh, Zunaidah Abdul Razak, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan curangnya menyalahgunakan bagi kegunaan sendiri wang peruntukan elaun pelajar dan pelbagai belanja pentadbiran pejabat KKBN berjumlah RM11,315.
Zuraidah dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad Pontian Kechil, 742 Wisma Koperasi, Jalan Taib, Pontian Kechil, Pontian dekat sini pada 28 Mei 2014.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebar dan denda. – UTUSAN ONLINE
