Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Transgender Jangan Guna Tandas...

PERSONALITI televisyen Ras Adiba Radzi membantah saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

Dubai Keluar Fatwa Haram...

DUBAI - Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang...

Saintis Hasilkan Yogurt Daripada...

Wisconsin – Ia merupakan satu uji kaji yang menjijikkan dan tidak terfikir oleh...

Pengguna Gmail Alami Serangan...

SAN FRANCISCO - Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan...

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, ditangguhkan ke 19 Jun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan penangguhan peguam Datuk K. Kumaraendran dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, masing-masing mewakili Mohd Irwan dan Najib untuk menangguhkan kes berikutan terdapat lebih 100 dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Permohonan pembelaan juga tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

“Perbicaraan ditangguhkan sehingga 19 Jun untuk memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk meneliti dokumen untuk diserahkan kepada pembelaan.

“Dua minggu memadai untuk pembelaan meneliti dokumen dan menyediakan pembelaan, perbicaraan akan bermula 19 Jun ini,” kata Hakim Muhammad Jamil.

Terdahulu, Kumaraendran berkata antara dokumen yang masih belum diterima ialah memo surat mesyuarat Kabinet, e-mel yang merujuk kepada pernyataan saksi pembelaan serta kenyataan yang dirakamkan saksi-saksi kepada pegawai penyiasat.

“Kami juga memaklumkan kepada pihak pendakwaan bahawa kenyataan beramaran itu telah dipinda oleh anak guam kami semasa siasatan… ia tidak pernah disampaikan kepada kami walaupun telah diberikan peringatan kepada mereka. Yang Arif, saya juga ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa abang ipar saya meninggal dunia hari ini dan sebagai abang sulung saya perlu berada di krematarium pada pukul 12 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shafee turut memohon mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan hari ini kerana terdapat banyak lagi dokumen yang belum diserahkan oleh pihak pendakwaan.

“Kami menjangkakan pihak pendakwaan akan menyerahkan kepada kami (dokumen itu selewat-lewatnya hari ini). Terdapat tujuh jilid dokumen yang perlu disemak.


“Dokumen yang tidak ada ini akan menyebabkan banyak penangguhan sekiranya perbicaraan bermula hari ini. Melainkan sehingga kami melihat bagaimana pihak pendakwaan membawa kes menggunakan dokumen mereka, kami tidak dapat melihat keterangan dalam pembelaan kami,” kata Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berkata terdapat juga perbicaraan lain yang sedang dijalankan melibatkan Najib dengan pasukan pembelaan yang sama, iaitu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan saman sivil SRC International Sdn Bhd.

“Bagi 1MDB, kami sedang dalam penyediaan penghujahan dan seluruh pasukan saya telah terlibat dan saya mesti katakan kami keletihan tetapi kami mengejar untuk menyelesaikan penghujahan itu pada bulan Julai.

“Kalau Yang Arif mahukannya, kita boleh pecahkan tarikh itu kerana ada hari antaranya, saya pasti kita boleh cari hari, jika tidak perbicaraan ini hanya akan bermula pada 2025,” katanya.

Pada peringkat ini, Muhammad Saifuddin berkata pihaknya telah menyerahkan dokumen sebanyak empat peringkat sejak 2018 sehingga 2021.

“Pada pagi ini, kita telah sediakan tujuh bundle dokumen untuk dirujuk kepada saksi-saksi dan serah kepada pembelaan untuk disemak semula, kalau tiada (dokumen) kami terpaksa rujuk kepada pegawai penyiasat sama ada kita pernah rampas atau ada dalam simpanan mereka. Untuk kelancaran perbicaraan ini, saya tidak membantah jika ia (perbicaraan) ditangguhkan,” katanya.

Pada 24 Oktober 2018, Najib, 70, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Diembers 2016 dan 18 Disember 2017 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

HarianMetro-

2 KOMEN

  1. certainly like your website but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts Many of them are rife with spelling problems and I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will definitely come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori