• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 4 PPS Dibuka Di Perak Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Larut Matang Selama malam tadi menjadikan pertambahan sehingga kini empat PPS dibuka setakat 10 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, PPS terbaharu yang dibuka ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor susulan paras air banjir memasuki kediaman mangsa di Kampung Matang Pasir di daerah itu.

Kenyataan itu menyebut, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 300 orang merangkumi 86 keluarga yang ditempatkan di empat PPS di tiga daerah – Larut Matang Selama, Kampar dan Hilir Perak, berbanding 221 mangsa daripada 68 keluarga semalam.

Pertambahan membabitkan keseluruhan 79 orang daripada 18 keluarga.

“Di Larut Matang Selama, selain PPS Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor yang dibuka hari ini untuk keselesaan mangsa, satu lagi PPS yang masih beroperasi sejak semalam ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok, Trong susulan paras air sungai berhampiran naik ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.

“Mangsa banjir di Larut Matang Selama kekal 47 orang (14 keluarga) yang dipindahkan dari empat buah kampung iaitu Kampung Temerlok, Kampung Tengah, Kampung Tebok dan Kampung Matang Pasir,” katanya.

Bilangan mangsa banjir di Kampar juga kekal 46 orang (14 keluarga) dari dua buah kampung iaitu Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Pulau Pisang, ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi.

Sementara itu, Hilir Perak mencatatkan pertambahan paling ramai mangsa banjir daripada 128 mangsa (37 keluarga) malam tadi kepada 227 orang (58 keluarga) dari Kampung Batu 9 dan ditempatkan di PPS di SK Changkat Jong yang dibuka pagi semalam setelah air Sungai Bidor melimpah. – BERNAMA

Tags: BanjirPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd