• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Komited Lakukan Pembaharuan Parlimen

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kembali ke Dewan Rakyat hari ini bertekad untuk menambah baik dan memperkukuh kedudukan Parlimen sejajar dengan tanggungjawab terbarunya itu.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata tumpuannya termasuk melaksanakan usaha menubuhkan beberapa jawatankuasa pemilih selaras dengan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Keutamaan adalah untuk membantu kerajaan melaksanakan sebahagian daripada manifesto iaitu pembaharuan Parlimen, Parlimen kita pada masa lalu telah dianggap sebagai “rubber stamp” sahaja, anggota Parlimen akan bahaskan dan perakukan apa sahaja yang telah diputuskan.

“Pendekatan baharu ini untuk memastikan Parlimen menjadi lebih efektif menerusi penubuhan jawatankuasa terpilih atau pelbagai perbincangan lain sebelum perbahasan, sebelum pembentangan undang-undang dan ini sudah tentu akan dibincangkan, ia perlu diperakukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anwar juga bertegas bahawa beliau tidak akan menyertai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya sebagai penyokong kerja lebih relaks, saya nak cakap apa pun boleh. Kedudukan formal akan beri kekangan kepada saya,” katanya.

Anwar hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Anwar memenangi pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson, Sabtu lepas dengan majoriti besar 23,560 undi mengalahkan enam calon lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd