• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Labuan Keluar UMNO

oleh
11/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli hari ini meninggalkan UMNO dan menyatakan beliau telah menyertai Parti Warisan Sabah dan tindakan beliau itu sekali gus menjadikan Anggota Parlimen Warisan berjumlah sembilan orang sekarang.

Rozman, 54, yang menjadi Anggota Parlimen Labuan sejak 2013, berkata beliau membuat keputusan meninggalkan UMNO setelah mengambil kira peri pentingnya menjamin kesinambungan agenda pembangunan ekonomi bagi Labuan.

Rozman adalah setiausaha UMNO Labuan sebelum beliau mengambil alih jawatan ketua bahagian parti itu daripada bekas Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.

“Memandangkan perubahan landskap politik yang berlaku, penyertaan saya dalam Warisan hari ini juga adalah bagi memenuhi kehendak rakyat … untuk memastikan Labuan menikmati pembangunan yang seiring dengan wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Labuan, yang turut dihadiri timbalan presiden Warisan Datuk Darrel Leiking dan naib presiden parti itu, Datuk Junz Wong.

Rozman berkata keputusan beliau untuk keluar daripada UMNO dan menyertai parti pemerintah Sabah itu juga mencerminkan pendirian beliau yang tidak mementingkan diri sendiri dalam berpolitik, tetapi sebaliknya bagi memenuhi kehendak rakyat.

Rozman berkata beliau akan bekerjasama dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Labuan dan Sabah bagi memastikan Labuan terus mendapat perhatian daripada kerajaan persekutuan.

“Saya sudah buat janji temu dengan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan saya akan berjumpa beliau untuk memaklumkan tentang penyertaan saya ke dalam Warisan serta berbincang tentang pembangunan ekonomi Labuan dan pentingnya bekerjasama dengan kementerian beliau,” kata beliau.

Rozman berkata, seperti Sabah, Labuan juga memerlukan pemerdayaan bagi membolehkannya bergerak ke hadapan, malah lebih cepat lagi, dalam arus perdana pembangunan.

“Pada era Malaysia Baharu ini, kami percaya adalah lebih mudah bagi kami untuk memohon agar keperluan kami (dari segi ekonomi) dipenuhi untuk kami terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Rozman berkata Warisan menjadi parti pilihannya berikutan kedudukan Labuan yang begitu dekat dengan Sabah dan demi kepentingan pembangunan sosioekonomi.

Anggota Parlimen Labuan itu juga berharap UMNO akan terus memainkan peranannya sebagai parti pembangkang bagi membantu dari segi pembangunan.

Katanya, Labuan perlu terus menjadi sebuah wilayah persekutuan, bertentangan dengan spekulasi yang tersiar dalam sebuah akhbar harian, dan oleh itu pulau bebas cukai ini perlu terus diberi perhatian.

Sementara itu, Leiking berkata Rozman diterima menganggotai Warisan berkuatkuasa serta-merta dan beliau berharap langkah itu akan membawa perubahan politik di Labuan dan Sabah.

“Tiada tawaran dibuat kepada beliau untuk menyertai Warisan, tetapi semata-mata demi masa depan Labuan,” katanya.

Junz Wong pula mengalu-alukan kemasukan Rozman ke dalam Warisan dan menyifatkan langkah anggota parlimen itu sebagai keputsuan bijak bagi kebaikan Labuan, terutama dari segi pembangunan ekonomi piulau bebas cukai ini. – BERNAMA

Tags: keluar UMNOLabuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNHEP Kelantan Sita 4,700 Selipar Tiruan RM47,000

Next Post

Polis Rampas Pistol & Senapang Patah Di Gua Musang

Related Posts

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

24/05/2024
0

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung...

11 Wanita Disyaki Terbabit Kegiatan Tidak Bermoral Ditahan Di Labuan

11 Wanita Disyaki Terbabit Kegiatan Tidak Bermoral Ditahan Di Labuan

22/05/2024
0

Labuan : Sebelas wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan...

Next Post

Polis Rampas Pistol & Senapang Patah Di Gua Musang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd