Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

2 Lagi Hogan Bekery...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat Parkson Corporation Sdn Bhd, Solid Gatelink Sdn Bhd,...

UMNO Pecat Dua Ahli...

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini meluluskan pemecatan tiga ahli di UMNO Bahagian...

PRK PENGKALAN KUBOR: Wan...

TUMPAT, 11 Sept (Bernama) : PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan...

Eksport, Import Kasar Dijangka...

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5...

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung Paringan, Menumbok, di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam operasi kira-kira jam 11 malam itu, semua individu berusia 18 hingga 43 tahun terbabit ditahan Pasukan Polis Marin (PPM).

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, operasi Op Kontraband itu dijalankan atas maklumat dan siasatan.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, semua enam suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan barang dari bot ke dalam lori di lokasi serbuan.

“Pasukan operasi terus menyerbu dan berjaya menahan enam orang lelaki dan merampas sebuah lori, bot fiber dan tiga enjin jenama Yamaha 200 kuasa kuda.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah minuman keras yang tidak bercukai dipercayai diseludup masuk dari Labuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, semua suspek ditahan dan dibawa bersama barang rampasan ke Balai Polis Menumbok untuk urusan dokumentasi.

Katanya, antara minuman keras yang dirampas adalah 116 karton jenama Anchor Beer dan 370 karton jenama Tiger Beer.

“Semua rampasan termasuk kenderaan dan minuman keras dianggarkan bernilai RM508,969 termasuk cukai.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori