• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Kelantan Sita 4,700 Selipar Tiruan RM47,000

oleh
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 4,700 pasang selipar tiruan bernilai RM47,000 dalam serbuan ke atas dua premis pemborong sekitar Kota Bharu semalam.

Timbalan Pengarahnya Firdus Zakaria berkata operasi berkenaan dilaksanakan hasil aduan pemilik cap dagangan jenama terbabit berhubung penjualan selipar tiruan jenama mereka.

“Operasi yang dijalankan mendapati dua premis tersebut membekalkan selipar jenama berkenaan yang disyaki tiruan kepada peniaga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Firdus berkata siasatan mendapati bekalan selipar tiruan itu dipercayai diambil dari negara jiran melalui orang tengah yang kebanyakannya menggunakan jalan darat untuk pasaran di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata harga belian secara borong selipar tiruan itu bagi sedozen (12 pasang) sekitar RM45 manakala harga jualannya antara RM70 dan RM75 bagi setiap dozen.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang menggunakan perihal dagangan palsu atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan, katanya.

Sementara itu, Firdus berkata terdapat 28 kes melibatkan perihal dagangan palsu dengan nilai rampasan RM384,280. – BERNAMA

Tags: selipar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Cadang MB Pakai Selipar

TMJ Cadang MB Pakai Selipar

12/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kasut kulit mewah yang dipakai Menteri Besar, Datuk Onn...

Pelancong Dilarang Guna Selipar Di Pantai Popular Itali

09/03/2019
0

CINQUE TERRE - Pelancong ke kawasan pesisir pantai terkenal Itali, Cinque Terre, kini dilarang sepenuhnya berjalan dengan menggunakan selipar dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd