Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

India Tawar 300 Biasiswa...

PARIS - Kerajaan India menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan...

Mangsa Korban Covid-19 Seluruh...

BEIJING - Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan koronavirus (Covid-19)...

Noor Aziah Dilantik Pesuruhjaya...

PUTRAJAYA - Pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal dilantik sebagai Pesuruhjaya...

Enggan Salam Guru, Bapa...

PELAJAR yang tinggal di Switzerland diwajibkan berjabat tangan pada awal dan akhir sesi pembelajaran...

Polis Rampas Pistol & Senapang Patah Di Gua Musang

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama tiga butir peluru dan selaras senapang patah dalam serbuan di sebuah rumah di Gua Musang, Ahad lepas (7 Okt).

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata dalam serbuan itu seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan manakala tiga lagi rakannya sempat melarikan diri dengan terjun ke sungai yang terletak di belakang rumah itu.

“Serbuan dilakukan selepas polis mendapat laporan daripada seorang pengadu yang mengatakan dia disamun empat lelaki.

“Pengadu yang mengenali suspek memberitahu suspek menunjukkan pistol ketika menyamun, sehubungan itu polis bertindak menjalankan intipan dan serbuan ke atas rumah suspek kira-kira pukul 3.40 petang,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata pemeriksaan dalam rumah itu, polis menjumpai sepucuk pistol dan senapang patah dipercayai buatan sendiri yang digantung di dinding rumah.

Katanya pemeriksaan di luar rumah mendapati terdapat sebuah kereta Proton Waja dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sudah diganggu nombor casisnya.


“Siasatan yang dijalankan polis mendapati suspek yang ditahan itu mempunyai empat rekod kesalahan lampau membabitkan curi kenderaan,” katanya.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari bermula Ahad lepas untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata polis sedang mengesan tiga suspek yang melarikan diri dipercayai beralamat di Gua Musang. – BERNAMA

Kategori