• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Majlis MDSR Diingat Jalankan Amanah Bantu Rakyat

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seluruh warga Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) termasuk ahli majlisnya diingatkan supaya dapat mengamalkan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka agar peranan pihak berkuasa berkenaan dapat dipertingkatkan.

Yang Dipertua MDSR Mohammad Sukry Abd Rahim berkata ahli majlis perlulah lebih proaktif serta mengamalkan konsep turun padang bertujuan mengetahui, mendekati sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembayar cukai.

“Kita juga berharap anggota majlis yang dilantik perlu menggalas dengan sebaik mungkin tanggungjawab yang telah diamanahkan agar mampu menjaga nama baik MDSR,” katanya selepas majlis angkat sumpah 11 ahli majlis MDSR di sini hari ini.

Mohammad Sukry berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kini mempunyai 23 ahli majlis yang mewakili setiap kawasan zon dalam pentadbirannya. Pada fasa pertama seramai 12 ahli majlis MDSR mengangkat sumpah pada Julai lepas.

Menurutnya, pembayar cukai juga mengetahui peranan MDSR ini bukan setakat memberikan perkhidmatan seperti pengurusan sisa pepejal, kebersihan awam dan keindahan bandar, malah fungsinya meliputi melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan kepada masyarakat.

“Semua ahli majlis juga perlu sentiasa peka terhadap sebarang masalah dan aduan di setiap zon jagaan mereka kerana mereka dilantik untuk menjadi ‘orang tengah’ antara MDSR serta penduduk.

“Ini kerana, mungkin ada di antara penduduk yang tidak tahu cara untuk menyalurkan aduan serta permasalahan mereka dan disebabkan itu terdapat sesetengah kes yang lambat diselesaikan kerana terlepas pandang,” kata beliau.

Selain itu, semua ahli majlis yang dilantik harus sentiasa sedar bahawa jawatan yang diberikan merupakan satu amanah serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau bermegah-megah.

Pada masa sama, beliau meminta ahli majlis yang dilantik supaya menjaga kerahsiaan seperti yang termaktub oleh undang-undang dan menepati indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan termasuk menghadiri mesyuarat. – BERNAMA

Tags: MDSRRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd