• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Keselamatan Sekolah Semakin Meruncing, Rakyat Berhak Dapat Jawapan Segera – Saifuddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tahap Keselamatan Sekolah Semakin Meruncing, Rakyat Berhak Dapat Jawapan Segera – Saifuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak memberikan penerangan di Dewan Rakyat berhubung tahap keselamatan murid di sekolah susulan kematian seorang pelajar di Yong Peng, Johor, semalam.

Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, penerangan itu perlu dibuat esok, Isnin, 5 Oktober 2026, sejurus selepas sesi jawab lisan.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, isu keselamatan murid di sekolah kini semakin meruncing dan membimbangkan sehingga memerlukan penjelasan segera daripada Menteri Pendidikan.

“Saya mendesak Menteri Pendidikan
memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat mengenai isu keselamatan murid di sekolah, iaitu pada hari esok (Isnin, 5 Oktober 2026), sejurus selepas sesi jawab lisan.

“Rakyat berhak mendapat jawapan segera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Saifuddin berkata demikian susulan laporan kematian seorang pelajar, Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng.

Beliau turut melahirkan rasa sedih atas kejadian itu serta menyifatkannya sebagai satu lagi kes kematian pelajar yang berlaku di sekolah.

“Kini, tahap keselamatan murid di sekolah sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya dan mendoakan agar keluarganya diberikan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Kenyataan Media: Akaun Media Sosial Wawasan Negara

Tags: BerhakDapat Jawapan SegeraKeselamatan SekolahRakyatsaifuddinSemakin MeruncingTahap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Sudah Sedar Dan Serik Dengan ‘Gelombang Biru’? – Ismail Salleh

Rakyat Sudah Sedar Dan Serik Dengan ‘Gelombang Biru’? – Ismail Salleh

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh mendakwa rakyat Negeri Sembilan menanggung bencana besar akibat memberi...

Rakyat Diseru Tanam Kangkung Di Rumah Bekalan Untuk Keluarga

Rakyat Diseru Tanam Kangkung Di Rumah Bekalan Untuk Keluarga

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat digalakkan menanam sendiri sayur-sayuran seperti kangkung, bayam dan sawi di rumah bagi membantu menyediakan bekalan makanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd