• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Disediakan Di Perak

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) disediakan di Perak bagi memberi perkhidmatan saringan, pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi khusus bagi mereka yang menghidap penyakit mental.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ding Lay Ming berkata pusat kesihatan berkenaan terletak di Kampung Simee di Ipoh, Batu Gajah dan Selama.

Katanya, pusat itu diwujudkan untuk melakukan saringan, mendiagnosis dan memberi rawatan kepada pesakit mental seterusnya membolehkan pesakit menjalani Program Rehabilitasi Psikososial di pusat kesihatan tersebut.

“Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu dirujuk terlebih dahulu di mana-mana klinik kesihatan atau hospital sebelum mendapatkan rawatan susulan di pusat kesihatan.

“Antara program rehabilitasi yang dijalankan untuk pesakit mental adalah kemahiran penyelesaian masalah, menjalani proses pengurusan terapi secara berkumpulan, aktiviti kecergasan fizikal, latihan kemahiran sosial serta memberi pendedahan kepada pesakit menerusi pendidikan kesihatan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 bertemakan ‘Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia’ anjuran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Klinik Kesihatan Simee di sini hari ini.

Program sehari itu turut mengadakan pameran mengenai kesihatan yang disediakan di ruang dalam klinik berkenaan. – BERNAMA

Tags: PerakPusat Kesihatan Mental
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd