• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaman Penjawat Awam Ikut Arahan Membuta Tuli Telah Berlalu

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar hari ini menegaskan bahawa zaman penjawat awam perlu menurut arahan membuta tuli telah berlalu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya menjadi seorang pengikut.

“Segala pendekatan baharu ini tidak mungkin dapat dilaksana sekiranya kita semua masih dibuai mimpi lama. Pada masa terhad ini, penjawat awam perlu bertindak pantas dalam tugasan berlandaskan kepada prinsip bersih, cekap dan amanah,” katanya.

Katanya pemisahan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman perlu diutamakan dalam memastikan integriti perkhidmatan awam tidak dipertikai.

Beliau berkata ketika semua rakyat melangkah ke era Malaysia baharu, perkhidmatan awam juga harus tekad untuk maju sederap dalam memberi khidmat terbaik kepada nusa dan bangsa.

Dalam pada itu, Ismail berkata sejak menerima lantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara seminggu lepas, antara ikrar utama beliau adalah melaksanakan reformasi ke arah mensejahterakan perkhidmatan awam dan rakyat amnya.

“Kebelakangan ini, imej perkhidmatan awam agak sedikit tercalar akibat terkait dengan isu integriti dan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam. Sebagai institusi tulang belakang negara, kita harus berani bertindak untuk terus mempertingkat kecekapan, akauntabiliti, integriti, tadbir urus, ketelusan dan etika dalam pelaksanaan tugas,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan awam yang berfungsi sebagai institusi pelaksana harus sentiasa berada dalam barisan hadapan ketika menyantuni rakyat serta menutup semua jurang antara keduanya supaya perasaan pemilikan dapat diresapi oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya dalam memberi khidmat terbaik kepada negara, penjawat awam juga perlu sentiasa bersedia melaksanakan perubahan untuk mengharungi halangan yang dihadapi. – BERNAMA

Tags: KSNPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd