• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pembelian Panik Menjelang Pelaksanaan SST

oleh
01/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula esok tidak menyebabkan orang ramai di sekitar bandar raya Ipoh melakukan pembelian pelbagai barangan secara panik.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat membeli belah di sini mendapati kebanyakan orang ramai tidak membeli sesuatu barangan dalam kuantiti yang banyak sebaliknya hanya berbelanja mengikut keperluan.

Azura Mustapa, 42, berkata pelaksanaan SST tidak akan menyebabkan peningkatan mendadak kerana hanya produk dan perkhidmatan tertentu sahaja yang dikenakan cukai itu sekali gus tidak membebankan pengguna di negara ini.

“Berbanding GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang dilaksanakan sebelum ini, banyak harga barangan yang naik kerana kebanyakannya dikenakan cukai.

“Jadi saya fikir, dengan adanya SST ini, ia tidak akan menyebabkan rakyat terbeban dengan kadar cukai tersebut,” katanya yang merupakan seorang pensyarah.

Sementara itu, di Seremban, orang ramai menggunakan cuti sempena Hari Kebangsaan hari ini untuk membeli belah barangan keperluan harian mereka.

Pekerja swasta, Mohd Haizil Zainuddin, 28, berkata beliau turut tidak ketinggalan memanfaat hari terakhir tanpa cukai membeli barangan keperluan sebagai persiapan kemungkinan berlaku kenaikan harga barangan oleh peniaga tidak bertanggungjawab pada hari esok.

“Ramai yang mengatakan barangan akan naik dan masyarakat kita ketika ini memang akan mengikut apa yang orang katakan…sebelum harga barangan naik, saya tidak akan lepaskan peluang untuk membeli barangan keperluan, katanya kepada Bernama ketika tinjauan di Giant Senawang hari ini.

Bagaimanapun bagi seorang penjawat awam Mohd Fattah Luqman, 43, pula berpendapat cukai SST tidak menjadi masalah baginya memandangkan sebelum ini masyarakat juga pernah dikenakan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan Ain Arjuna Aziz Zaman ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang laporan pembelian panik dilakukan rakyat di seluruh pasaraya di negeri ini.

“Setakat ini keadaan terkawal… saya akan update sekiranya berlaku situasi tidak terkawal,” katanya.

Di Mydin Bukit Mertajam, tinjauan bernama menunjukkan rata-rata pengguna kelihatan tenang dan bersedia menghadapi sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

Seorang juruaudit, Nur Anna Imani Tan Abdullah, 48, berkata apa yang penting adalah pengguna seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan berhubung jenis-jenis cukai dan memahami konsep cukai tersebut supaya tidak mudah melatah.

“Apa yang kita tahu bahawa SST mempunyai ‘hidden charge’ yang orang lain mungkin tidak nampak antara pihak pengeluar dengan kerajaan. Tetapi, bagi saya kerajaan terdahulu sepatutnya melaksanakan kadar cukai GST pada kadar tiga peratus buat permulaan.

“Ini kerana ia tidak memberi kesan mendalam kepada pengguna berbeza dengan enam peratus sebelum ini selaras dengan pendapatan rata-rata rakyat di dalam negara yang berstatus negara membangun ini,” katanya kepada Bernama.

SST akan dilaksanakan bermula esok bagi menggantikan GST yang telah dimansuhkan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan SST berkuat kuasa 1 Sept, susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: SST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd