• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Shafee Akan Didakwa Di Bawah AMLA

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini atas empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram.

Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketika dihubungi berkata, Muhammad Shafee, diberkas di sekitar Kuala Lumpur awal pagi ini.

“Beliau dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini akan didakwa di bawah Sesyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” kata sumber berkenaan.

Muhammad Shafee menjadi tumpuan baru-baru ini selepas presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 September berkata seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan afidavit mendakwa kononnya Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai pendakwaan terhadap Anwar dalam rayuannya bagi hukuman sodomi keduanya pada 2015.

Muhammad Shafee dilantik sebagai ketua pendakwaraya dalam rayuan sodomi Anwar di Makhamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 2013 di mana pasukan pendakwaan berjaya dalam mensabitkan kesalahan ke atas Anwar dan dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Muhammad Shafee menafikan wang itu adalah bayaran untuk menjadi pendakwaraya khas bagi kes rayuan Anwar, sebaliknya berkata bayaran itu adalah bagi perkhidmatan guaman terhadap UMNO dan Barisan Nasional. – BERNAMA

Tags: DidakwaShafee Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa susulan penularan beberapa rakaman video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd