Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkuat kuasa 15 Okt, 2018.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kemahiran Syed Zaid merentasi pelbagai sektor seperti undang-undang korporat, pasaran modal, sukuk, perbankan Islam dan konvensional.

Berpengalaman lebih 38 tahun di dalam bidang perundangan, beliau pernah menjadi anggota Panel Inkuiri Dana Pampasan dan anggota Jawatankuasa Rayuan di Bursa Malaysia Berhad.

Syed Zaid juga pernah menjadi anggota Jawatankuasa Kajian Undang-undang Kewangan Islam di Bank Negara Malaysia, kata kenyataan itu.

Beliau adalah lulusan ijazah undang-undang dari universiti di United Kingdom dan menjadi peguam di Lincoln’s Inn, London pada 1979. Setahun kemudian, beliau menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Malaya.

Selain itu, Syed Zaid pernah berkhidmat di Skrine & Co dan telah menubuhkan syarikat perundangan sendiri – Albar & Partners. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...