• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Sokong Anwar Bertanding Di Port Dickson

oleh
16/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata sokongan itu bagi memastikan calon Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi berkenaan akan mencapai kemenangan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, saya sebagai anggota majlis presiden Pakatan Harapan ketika menandatangani menyedari memang akan berlaku peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar dan itu adalah perkara yang dipersetujui bersama.

“Sebagai anak muda saya tidak mahu ingkar janji terutamanya melibatkan perjanjian bertulis dan apa yang penting adalah kemenangan kepada PH adalah mustahak” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Unlocking The Power Of Young People, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menafikan wujudnya sebarang gerakan memboikot kempen Anwar di Port Dickson oleh parti PPBM terutama dalam kalangan ahli Armada.

Mengenai program itu, Syed Saddiq mahu sesi dialog itu perlu dijalankan pada setiap masa dan tidak hanya dilakukan ketika menjelang pilihan raya sahaja kerana pelbagai isu baharu akan timbul yang melibatkan golongan belia.

“Ini bagi memastikan suara belia akan diambil kira dalam proses membina masa depan Malaysia Baru,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd