• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUKMA Perak: WP Gesa FAM Kaji Jadual Aksi Pemain Mereka

oleh
04/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Wilayah Persekutuan (WP) menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneliti semula jadual penglibatan tiga tonggak utama pasukan itu yang dipanggil menyertai latihan dan perlawanan persahabatan bersama skuad Bawah-19 (B-19) kebangsaan di luar negara.

Pengurus pasukan Syed Yazid Syed Omar berkata ketiadaan ketiga-ketiga pemain itu memberi kesan mendalam buat skuad mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan pembukaan menentang Johor, Sabtu ini.

“Ia akan menjejaskan pasukan kita pada perlawanan pembukaan nanti tanpa kehadiran pemain pertahanan Muhd Azhar Apandi dan Nabil Hakim Bokhari serta Muhd Talhah Rosli (pemain tengah) di mana sasaran kita adalah untuk menang pada perlawanan pertama itu agar kita dapat laluan mudah ke peringkat suku akhir.

“Pada dasarnya saya tidak lepaskan mereka untuk menyertai latihan serta perlawanan persahabatan skuad kebangsaan di Oman dan Korea Selatan, ​​​​namun mereka semua telahpun dipanggil ke sana…FAM kalau boleh kaji balik jadual yang dikeluarkan agar mereka dapat fokus kepada temasya dwitahunan ini,” katanya dalam sidang akhbar skuad itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua pemain tersebut akan hanya berpeluang beraksi pada perlawanan kedua menentang Terengganu yang akan berlangsung di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.

Wilayah Persekutuan diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam SUKMA Perak yang akan membuka tirainya minggu ini. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd