• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

oleh AK-47
20/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beberapa usaha dilakukan pihaknya dalam memastikan sebahagian acara yang digugurkan itu dapat dilaksanakan.

Menurutnya, antara perkara tersebut adalah melonggarkan syarat dari segi jumlah penyertaan untuk membolehkan acara tersebut dilangsungkan.

“Ada banyak pandangan. Setakat ini kita memutuskan bagi acara-acara yang mempunyai lapan negeri yang menyertainya kita turunkan jadi enam dan ada cadangan beberapa acara diturunkan jadi lima. Itu sedang kita perhalusi.

“Saya berpandangan kalau tak cukup, apa yang kementerian lakukan melalui MSN menganjurkan kejohanan bertaraf kebangsaan bagi acara tersebut supaya atlet-atlet boleh terus dapat peluang,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Rukun Negara@Belia di sebuah kompleks beli-belah di Ipoh pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, cadangan pihak tertentu agar negeri-negeri yang gagal menghantar wakil dalam sesuatu acara dikenakan hukuman disifatkan tidak wajar.

Menurutnya, bukan semua negeri mempunyai atlet dalam semua acara dan tidak adil jika hukuman dikenakan disebabkan perkara tersebut.

Pada Sabtu, Khairul Shahril menyifatkan persatuan sukan yang terlibat dengan pengguguran 12 acara pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 perlu bertanggungjawab terhadap isu yang berlaku.

Jelasnya, persatuan-persatuan sukan sepatutnya memastikan rangkaian mereka di negeri-negeri mempersiapkan atlet untuk kejohanan tersebut.

-Sinar Harian

Tags: KBSsabotajSukma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terbabit serta bersubahat dalam dakwaan...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd