• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

oleh Mohd Arshad
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat baharu sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Johor yang akan berlangsung pada 2024 kelak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, pencarian itu penting sebagai persediaan negeri ini menjadi tuan rumah temasya itu selepas majoriti atlet sedia ada akan melepasi had umur 21 tahun pada waktu berkenaan.

“Persediaan ke Sukma Johor 2024 sudah dimulakan, tahun ini dan tahun depan kita akan terus giatkan usaha mencungkil bakat-bakat baharu. MSNJ juga telah gerakkan semua pegawai mereka untuk jelajah seluruh Johor.

“Selain itu, persatuan-persatuan sukan juga telah diminta untuk menggiatkan usaha mereka dalam mencari bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili Johor pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan anjuran MSNJ di kediaman beberapa atlet negeri Johor yang kurang bernasib baik di Larkin, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Datuk On Jabbar.

Selain itu, kata Mohd. Hairi, pihaknya juga akan melaksanakan proses pemulihan terhadap venue-venue Sukma Johor sedia ada pada tahun 2023 sebagai persediaan akhir menjelang temasya itu setahun kemudian.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MSNJ telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi menjayakan program Ihya Ramadan pada tahun ini yang menyaksikan 250 penerima terdiri daripada atlet, jurulatih dan bekas kakitangan awam yang kurang bernasib baik.

“Sumbangan melibatkan wang tunai sebanyak RM300 dan bakul makanan bernilai RM100 sebagai meraikan Ramadan dan juga persediaan mereka menyambut kehadiran bulan Syawal tidak lama lagi,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: atletJohorSukmaSukma 2024
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd