• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Usaha Naikkan Had Minimum Perkahwinan Kepada 18 Tahun

oleh
25/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Usaha menaikkan had umur minimum perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun perlu disokong bagi melindungi hak kanak-kanak di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya hujah bagi mengelakkan remaja terlibat dengan zina tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membenarkan perkahwinan bawah umur apatah lagi untuk menurunkan had umur tersebut kepada 14 tahun.

“Pendirian saya adalah jelas iaitu had usia minimum perkahwinan sepatutnya18 tahun. Mengikut undang-undang pun, 18 tahun adalah umur kematangan,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Muda, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya terhadap kenyataan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang mencadangkan had usia minimum perkahwinan bagi remaja perempuan dan lelaki diturunkan masing-masing kepada 14 dan 16 tahun.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kertas kerja bagi menaikkan had usia minimum perkahwinan daripada 16 kepada 18 tahun akan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mendapatkan sokongan. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd