• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siang Ke Sekolah, Malam Ambil Upah Uli Tepung

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima tahun lalu, Amarul Hafiz Mohd Shah,16, berpeluang menikmati zaman kanak-kanaknya dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan seusianya.

Namun segala-galanya berubah selepas ibunya, Rohaya Ahmad, 48, disahkan menghidap apendiks sehingga menyukarkan untuk dia bergerak pada 2015 dan lebih menyedihkan wanita itu turut berstatus ibu tunggal apabila berpisah dengan suami.

Amarul Hafiz yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, selepas bercerai ibunya mengambil upah menjahit baju untuk menyara kehidupan tetapi tidak lagi berbuat demikian apabila kesihatannya merosot.

“Apabila ibu menghidap apendiks, dia sukar bergerak dan tidak dapat menjahit. Bermula saat itu saya mempelajari cara membuat kek dan kuih bahulu untuk menjualnya bagi menampung perbelanjaan harian keluarga selepas tamat waktu sekolah.

“Kakak sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya manakala abang, Amierul Hakim Mohd Shah, 22 ketika itu masih belajar di dalam bidang jurutera mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang, Johor,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Pangsa Fasa 2, Taman Sri Mawar, Senawang, di sini.

Menurutnya, walaupun masih belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Heights, dia mengalas tanggungjawab seperti ketua keluarga dengan menjual kek dan bahulu yang hasilnya digunakan untuk membeli barangan dapur.

“Pada Julai tahun lalu, keluarga saya sekali lagi diuji apabila ibu diserang penyakit saraf menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong dan turut diserang angin ahmar.

“Keadaan itu membuatkan ibu perlu sentiasa dipantau kerana sukar untuk bergerak. Mujur abang kini sudah bekerja di sebuah kilang di Senawang namun duit gajinya disimpan untuk dia sambung belajar ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Amarul Hafiz berkata, pada Jun lalu ketuhar yang digunakannya rosak menyebabkan dia tidak dapat membuat kek dan bahulu.

“Kini saya mengambil upah menguli tepung roti canai setiap malam di rumah bapa saudaranya di Kampung Sentosa, Paroi.

“Walaupun ibu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM250 sebulan dan bantuan Baitulmal untuk barangan dapur bernilai RM80, ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan termasuk kos perubatan ibu,” katanya. – BH ONLINE

Tags: anakIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd