• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampah Jejas Saliran: Kerajaan Melaka Tingkat Pemantauan

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan meningkatkan pemantauan secara berterusan untuk menangani isu sampah yang sering menyebabkan sistem saliran di negeri ini tersumbat sehingga menimbulkan pelbagai impak negatif termasuk menjejaskan imejnya sebagai negeri pelancongan.

Ketua Menteri erkata pihaknya telah mendapat aduan tentang isu saliran serta parit tersumbat, kerosakan sistem bekalan air dan banjir kilat di beberapa kawasan negeri itu akibat daripada sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah ambil tindakan pembersihan kawasan terlibat yang mana jika kita lihat memanglah sebahagian pusat-pusat dan kawasan empangan banyak sampah memandangkan prosesnya adalah kita kumpul di situ untuk tujuan pembersihan.

“Kita tak mahu sampah sampai ke kawasan Sungai Melaka (pusat pelancongan) yang boleh jejaskan pelancongan Melaka, kita akan melakukan pemantauan berterusan agar jumlah sampah dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan eksklusif Bernama hari ini yang melaporkan masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat di Melaka bukan sahaja menyebabkan kecacatan kepada keindahan persekitaran, bahkan menjadi ‘musuh’ utama kepada sistem saliran air di negeri ini.

Adly berkata kerajaan negeri terus komited menjadi perintis dalam melaksanakan pelan pembangunan hijau dan selain pemantauan isu sampah itu kerajaan negeri turut komited dengan usaha menanam pokok spesies hutan di lebih 40 hektar tanah terbiar di negeri ini.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu melibatkan kawasan di sekitar tebing Sungai Putat hingga ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dalam usaha menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Kalau kita lihat di negara-negara maju, mereka telah pun ‘menghutankan’ kawasan bandar dengan cara lebih tersusun. Kita masih belum mempunyai anggaran kos berikutan sedang mengkaji semula peruntukan yang boleh disediakan di peringkat kerajaan persekutuan selain dalam proses melengkapkan perancangan,” katanya.

Adly juga menyeru rakyat negeri ini terutama penjawat awam agar mengubah gaya hidup dengan membudayakan amalan hijau bagi mencapai pembangunan yang lebih berkualiti dan seimbang.

“Saya juga menyeru penjawat awam untuk bersama-sama mendaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) yang mana saya dan barisan exco Kerajaan Negeri Melaka akan turut menyertainya. Sebagai anggota RAS, kita akan lebih menghargai dan bertanggungjawab memulihara alam sekitar,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Adly ZahariSampah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd