• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Mangsa Utama Krisis Kemanusiaan – NGO

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Remaja perempuan bakal menjadi mangsa utama dalam krisis kemanusiaan bermula dari perkahwinan paksa, tidak dibenarkan bersekolah dan risiko kematian 14 kali ganda lebih tinggi dari remaja lelaki.

Perkara itu akan didedahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Plan International hari ini di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas membuat tiga siasatan terhadap etnik Rohingya di kem pelarian di Bangladesh, kumpulan remaja di Chad Basin dan remaja di Selatan Sudan, yang dianggap sebagai antara kawasan paling tidak stabil di dunia.

Penyelidikan itu memberi tumpuan ke atas masalah perkahwinan paksa, penculikan, penderaan seksual, perhambaan dan kekurangan peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam sebuah kem pelarian padat penghuni di Uganda, kumpulan berkenaan menemuramah 249 remaja perempuan berusia 10 hingga 19 tahun dari Selatan Sudan yang menggambarkan bahawa ‘keganasan sudah menjadi satu kebiasaan di tanah air serta komuniti setempat.

“Ia bukan satu perkara mengejutkan kerana konflik di Selatan Sudan dibentuk oleh kekejaman yang berleluasa termasuk ke atas kaum wanita dan kanak-kanak, “ kata laporan berkenaan.

Laporan berkenaan juga menyebut bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada setiap empat remaja terfikir untuk membunuh diri manakala 70 peratus lagi memberitahu, mereka tidak pernah mempunyai makanan yang mencukupi.

Di Chad Basin pula, seorang daripada setiap tiga remaja memberitahu bahawa mereka tidak berasa selamat di rumah sendiri, seorang daripada setiap lima remaja dipukul setiap hari manakala seorang daripada sepuluh remaja mengalami penderaan seksual.

Dari 449 remaja perempuan yang ditemuramah di Nigeria, Niger dan Cameroon, dua pertiga daripadanya terpisah daripada ayah berikutan konflik manakala 30 peratus lagi terpisah daripada kedua-dua ibu bapa. – AFP/BH ONLINE

Tags: NGORemaja Perempuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd