• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RELA Mohon Siasat Keputusan Tarik Balik Laporan Kes ‘Datuk Seri’

oleh Cj Mnh
19/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap seorang anggotanya yang menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap seorang ‘Datuk Seri’ yang menghadapi pertuduhan mencedera dan menyerang anggota Rela.

Pengarah Bahagian Operasi Rela Mohamad Razib Buhaini yang mewakili Rela membuat laporan itu berkata siasatan perlu dilakukan bagi memastikan jika terdapat unsur pelanggaran integriti atau rasuah kerana terdapat keraguan dalam keputusan yang diambil anggota Rela terbabit.

“Kita memohon bantuan daripada SPRM untuk menilai perkara ini demi menjaga nama baik jabatan,” katanya kepada media ketika tiba di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Mohamad Razib berkata Rela meminta SPRM untuk meneliti perkara tersebut kerana terdapat unsur keraguan memandangkan anggota Rela itu secara tiba-tiba menarik diri daripada perbicaraan tersebut.

Menurutnya, tindakan anggota Rela itu, yang kini direhatkan daripada melaksanakan tugas, dibuat tanpa berbincang dengan pihak Rela terlebih dahulu dan pihaknya juga tidak mendapat sebarang maklum balas daripadanya susulan keputusan itu.

Pada 7 Sept lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas tanpa membebaskan seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ daripada dua tuduhan iaitu mencedera dan menyerang anggota RELA yang sedang menjalankan tugas, tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan bahawa seorang daripada tiga mangsa dalam kes itu telah menarik balik laporan polis terhadap Liow Soon Hee, 30.

Norhashimah berkata penarikan laporan itu berikutan mangsa, yang juga pengadu dalam kes itu Melvin Cheong Mun Khai, 22, telah memaafkan tertuduh. – BERNAMA

Tags: RELASPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkuat Kuasa 13 Mei

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkuat Kuasa 13 Mei

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima kepimpinan baharu apabila Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai...

Yang di-Pertuan Agong Akan Pilih Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Yang di-Pertuan Agong Akan Pilih Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd