• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 200kg Daun Ketum Untuk Dihantar Ke Kelantan

oleh
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis merampas kira-kira 200 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM6,000 dengan penahanan seorang remaja lelaki di Kampung Lubuk Pagar, Sik dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, suspek berumur 18 tahun dan beralamat di Raub, Pahang ditahan pada pukul 4 pagi selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di kawasan ladang kelapa sawit dalam cubaan melarikan diri daripada polis.

Katanya, terdahulu sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Pendang cuba menahan kenderaan suspek di Jalan Kampung Sungai Putat, tetapi suspek tidak memberhentikan kenderaannya, malah memecut ke arah Jeniang.

Arriz Sham berkata, dengan bantuan kenderaan pelbagai guna (MPV) polis, kereta suspek dikejar sehingga hampir 40 kilometer ke Daerah Sik sebelum suspek berjaya diberkas.

“Pasukan itu telah mengarahkan kenderaannya berhenti dengan menyalakan lampu dan menggunakan pembesar suara tetapi suspek enggan dan melarikan diri dengan memandu secara berbahaya ke arah Jeniang.

Anggota yang mengesyaki sesuatu terus mengejar suspek sehingga ke jalan kampung kemudian ke ladang kelapa sawit di Kampung Lubuk Pagar itu sebelum dia ditahan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui sejumlah daun ketum yang dibalut dengan plastik lutsinar di atas tempat letak kaki bahagian penumpang hadapan, tempat duduk penumpang belakang dan di dalam but kereta yang dianggarkan seberat 200 kilogram.

Menurutnya, suspek yang masih bujang dan menganggur dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum di sekitar kawasan Sungai Tiang, di sini sebelum dibawa ke Kelantan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Baik Harga Daging Lembu Turun 2 Peratus RM38.45 Sekilogram – Menteri Ekonomi

Berita Baik Harga Daging Lembu Turun 2 Peratus RM38.45 Sekilogram – Menteri Ekonomi

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengumumkan harga daging lembu semasa turun sebanyak dua peratus. Beliau yang...

7,057 Individu Hilang Pekerjaan Bulan April – Menteri Ekonomi

7,057 Individu Hilang Pekerjaan Bulan April – Menteri Ekonomi

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Seramai 7,057 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan pada April lalu," kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd