• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Beliau membangkitkan perkara itu selepas seorang peserta program dialog menyuarakan kebimbangan mengenai pilihan raya umum akan datang dan sama ada Pakatan Harapan (PH) mempunyai masa mencukupi untuk mengubah keadaan.

Pengarah Strategik DAP itu berkata, keadaan politik ketika itu kelihatan seolah-olah tiada harapan untuk menumbangkan kerajaan Najib dan BN, khususnya setahun sebelum pilihan raya berkenaan berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, perjuangan bersama rakyat akhirnya membawa kepada perubahan kerajaan buat kali pertama dalam sejarah negara.

“Soalan itu membuatkan saya teringat keadaan yang seolah-olah tiada harapan hanya setahun sebelum PRU 2018, dan bagaimana rakyat Malaysia berjuang bersama untuk menumbangkan Najib dan BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Chin Tong berkata, pengalaman politik Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva yang berjaya kembali memenangi pilihan raya turut menunjukkan kepentingan penyertaan rakyat dalam sesebuah gerakan politik.

Menurutnya, masa dalam perjuangan politik bukan sekadar tempoh yang berlalu, sebaliknya merangkumi jumlah individu yang terlibat dalam aktivisme, terus berpegang kepada perjuangan serta menyumbangkan tenaga untuk mempengaruhi orang lain mencapai matlamat bersama.

Sehubungan itu, beliau menyeru lebih ramai individu tampil mengambil bahagian secara aktif dan tidak sekadar menjadi pemerhati atau pengulas dari jauh. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong

 

Tags: BagaimanaBERSATUImbasLiew Chin TongPRU14RakyatTumbangkan Najib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan kepimpinan PAS melanggar undang-undang bakal menghancurkan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd