• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Periksa Semula Premis Perjudian, Pastikan Operasi Dihentikan

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bagi memastikan usaha pihak polis membanteras kegiatan perjudian berjaya, pemeriksaan semula di premis yang terlibat akan terus dilaksanakan bagi memastikan aktiviti haram itu sudah dihentikan sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata sejak Januari lalu pihaknya telah memohon 27 waran geledah daripada mahkamah bagi membolehkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap premis perjudian yang telah dikenal pasti.

“Daripada 27 pemohonan, sebanyak 12 waran geledah telah diluluskan dan ia bagi membolehkan polis memeriksa semula premis judi yang dipercayai masih aktif menjalankan kegiatan itu walaupun pernah diserbu sebelum ini.

Berdasarkan keseluruhan pemeriksaan terhadap premis berkenaan, kami mendapati sebahagian besar pusat perjudian yang pernah diserbu sebelum ini sudah tidak beroperasi memandangkan ia sudah dikosongkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di premis perjudian di Taman Saga di sini, hari ini.

Beliau berkata ini merupakan usaha berterusan pihak polis bagi memastikan operasi perjudian di daerah itu ditutup sepenuhnya.

“Setakat serbuan semula yang dijalankan, tiada peralatan perjudian yang ditemui namun sekiranya ada ia akan dirampas dan sebab itu kita akan terus memohon waran geledah terhadap premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian.

Saya juga harap masyarakat setempat dapat terus membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: periksapremis perjudian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mesra Muslim, MATTA Sasar 75,000 Pelancong Malaysia Ke Taiwan

Next Post

Kerajaan Komited Untuk Laksana Gaji Minimum RM1,500

Related Posts

SPRM Siasat Penguat Kuasa Lindungi Premis Perniagaan Haram

10/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima...

Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perjudian Dipertingkat

13/09/2018
0

KUANTAN – Menteri Besar mengingatkan penguatkuasa supaya tidak mudah berpuas hati dengan tindakan yang diambil dalam membanteras kegiatan yang tidak...

Next Post

Kerajaan Komited Untuk Laksana Gaji Minimum RM1,500

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd