• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Untuk Laksana Gaji Minimum RM1,500

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,050 kepada RM1,500 seperti diumumkan Pejabat Perdana Menteri semalam selaras dengan janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata kerajaan masih mempunyai mandat antara empat hingga lima tahun lagi untuk melaksanakan perkara itu.

“Bermula 2019, kita ada lagi tahun 2020, 2021 dan 2022, dan sehingga tahun kelima kita akan berusaha keras agar gaji minimum dapat kita tingkatkan dari semasa ke semasa.

“Sebelum ini, manifesto PH menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500 bagi Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Itu adalah pandangan dan kajian yang kita buat sebelum menjadi kerajaan, dengan data terhad yang ada pada kita (ketika merangka manifesto),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam, bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Keputusan berkenaan dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Mengulas dakwaan ada segelintir pihak yang kecewa dengan pengumuman itu kerana tidak selari seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH, Amiruddin berharap ia tidak berpanjangan kerana ia sedikit sebanyak memberi kelegaan dalam pasaran kerja.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata kementeriannya akan mendapatkan maklum balas daripada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia untuk melihat impak pelaksanaan gaji minimum itu terhadap industri pengasuh.

Beliau mengakui pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu mungkin memberi implikasi terhadap operasi pusat-pusat asuhan sambil menambah kementerian bersedia mendengar pandangan persatuan itu dan akan membincangkannya di peringkat kabinet. – BERNAMA

Tags: Gaji Minimum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

21/10/2024
1

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd