• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perjudian Dipertingkat

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar mengingatkan penguatkuasa supaya tidak mudah berpuas hati dengan tindakan yang diambil dalam membanteras kegiatan yang tidak bermoral di negeri ini, sebaliknya ia perlu dipertingkat dari semasa ke semasa.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan itu perlu dipertingkatkan dengan kerjasama masyarakat yang bertindak sebagai pelapor sebarang aktiviti yang tidak bermoral.

“Aktiviti jenayah terutama perjudian seluruh Pahang dalam keadaan terkawal melalui penguatkuasaan dan pemantauan.Namun sekiranya penguatkuasa berasa selesa, berpuas hati dengan apa yang dijalankan, aktiviti ini tidak mustahil akan berleluasa semula,” katanya selepas menyempurnakan simbolik pelupusan mesin simulator perjudian hasil sitaan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar daerah ini.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Abd Rahim Muda, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Yang Dipertua MPK Datuk Fadzilla Salleh.

Jumlah pelupusan yang dibuat membabitkan sitaan mesin berkomputer sebanyak 404 mesin, 116 mesin simulator serta 10,000 keping cakera padat tanpa lesen, hasil 113 kali operasi yang dijalankan oleh MPK dan PDRM bermula awal tahun lepas hingga kini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismailpremis perjudian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak...

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

25/02/2026
0

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd