• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piawaian Naik Taraf Terminal Pengangkutan Awam Sedang Dirangka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Satu piawaian untuk menaik taraf terminal pengangkutan awam di seluruh negara sedang dirangka bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam selain menggalakkan orang ramai menggunakannya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata piawaian menaik taraf terminal pengangkutan awam yang dibangunkan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu meliputi pelbagai aspek termasuk kemudahan, keselamatan dan keselesaan penumpang.

“Kerajaan Persekutuan sedang menyediakan satu piawaian menaik taraf terminal pengangkutan awam supaya kualitinya setanding dengan lapangan terbang atau Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di Kuala Lumpur.

“Bagi penjualan tiket, kita akan memperkenalkan sistem tiket berpusat kepada terminal bas yang terlibat sekali gus ianya dapat mengatasi masalah ulat tiket,” katanya pada sidang media selepas melawat terminal bas Melaka Sentral di sini hari ini.

Turut hadir Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab dan Pengurus Besar Melaka Sentral Md Yusof Abdullah.

Loke berkata piawaian untuk menaik taraf terminal pengangkutan awam itu akan dilaksanakan secara beperingkat bergantung kepada keupayaan kewangan sesebuah negeri.

“Kita tidak boleh mendesak semua negeri melaksanakan piawaian ini serta-merta, namun setakat ini hanya beberapa buah negeri yang mempunyai keupayaan kewangan untuk menaik taraf mengikut piawaian itu termasuk Pulau Pinang, Perak dan Melaka,” katanya.

Ditanya mengenai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memperkenalkan rebat caj penumpang penerbangan selama lima tahun kepada syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, beliau berkata insentif itu wajar disalurkan kepada pengguna bagi menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Melaka.

“Kita harap semua syarikat pengendali penerbangan akan memberi kerjsama mencari langkah-langkah yang lebih kreatif untuk menambah operasi dan memastikan lebih banyak perkhidmatan diperkenalkan kepada orang ramai,” katanya.

Ketua Menteri Adly Zahari hari ini mengumumkan MAHB akan memberikan rebat RM50 bagi caj penumpang penerbangan antarabangsa luar ASEAN, yang pada masa ini dikenakan sebanyak RM73, manakala bagi penerbangan dalam ASEAN caj penumpang penerbangan diberikan rebat RM20 daripada jumlah RM35 yang dikenakan sebelum ini.

Adly berkata langkah itu akan menjadikan caj selepas rebat RM23 bagi penerbangan ke luar ASEAN dan RM15 bagi dalam ASEAN manakala caj penumpang penerbangan domestik kekal RM11. – BERNAMA

Tags: Anthony LokePengangkutan Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd