• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Lancar Projek Air Untuk Kehidupan Di Selatan Sudan

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Nile Ltd, melancarkan fasa pertama projek ‘Air untuk Kehidupan’ di Juba, Sudan Selatan.

Projek dijalankan di Blok 4 Gudele West dengan kerjasama Kementerian Petroleum Sudan Selatan dan Nile Hope, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Selatan Sudan.

Objektifnya adalah untuk menyediakan air berkualiti yang mencukupi dan dapat diakses kepada masyarakat setempat.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas (Huluan), Datuk Mohd Anuar Taib berkata program berasaskan komuniti mampan untuk rakyat Sudan Selatan itu merupakan projek yang pertama.

“Kami akan memperluaskan projek yang sama ke empat lokasi lain di Juba.

“Apabila semua projek itu beroperasi, kami berharap ia dapat menyediakan air bersih yang mencukupi kepada lebih kurang 40,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelancaran projek telah diadakan pada 11 Sept 2018 dan dirasmikan oleh Menteri Petroleum Sudan, Ezekiel Lol Gatkuoth dengan kehadiran Mohd Anuar.

Inisiatif seperti itu adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat Petronas yang menekankan kesejahteraan dan pembangunan komuniti melalui peningkatan kesedaran mengenai kesihatan, kebersihan, keselamatan, meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan, serta menyediakan akses kepada air bersih.

Program lain yang dijalankan oleh Petronas di Selatan Sudan termasuk Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), Kempen Pembedahan Awam, pembaharuan dan naik taraf sekolah serta program pembangunan masyarakat menerusi syarikat operasi bersama.

Sementara itu, tarikh 10 Sept 2018 menandakan pencapaian penting Petronas di Sudan Selatan, apabila Petronas Carigali Nile Ltd menandatangani perjanjian penerokaan, pengeluaran dan perkongsian (EPSA) dan perpindahan Perjanjian Transisi untuk Blok Satu, Dua dan Empat dengan Kerajaan Sudan Selatan. – BERNAMA

Tags: airpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd