• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunduran Tok Pa, Pengakhiran UMNO

oleh
19/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan.

Syed Saddiq berkata Mustapa atau lebih dikenali dengan Tok Pa, adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan anggota Parlimen Jeli itu.

“Saya jadi menteri, saya lihat beliau di Parlimen saya masih menghormati beliau, bukan sahaja pemimpin berpengalaman, malah apa beliau buat untuk negara telah banyak membantu dan tidak boleh dinafikan.

“Apabila mendengar beliau keluar UMNO, saya terkejut dan saya berpendapat ia pengakhiran kepada UMNO…kehilangan orang macam beliau (Mustapa) sesuatu yang besar kepada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi antara empat pendebat dalam siri debat umum bulanan dikenali “Re:Action-Youth Engaged’ anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan di universiti berkenaan, malam ini.

Tiga yang lain ialah pendebat terbaik Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhir; pelajar kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Kishen Sivabalan dan pelajar tingkatan empat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Atiyah Khairuddin.​​​​​​​

Mustapa dalam satu kenyataan hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Beliau mengambil keputusan itu setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional serta masa depan negara.

Ditanya sama ada Bersatu mengalu-alukan Mustapa menyertai parti itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

“Saya berharap Tok Pa bersama kita untuk masa depan rakyat Malaysia kerana beliau pemimpin yang sangat bagus, tapi sekiranya tidak bersama, saya tetap akan hormati beliau,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program debat malam ini, Syed Saddiq menyifatkan program tersebut berjaya kerana perbincangan dan pengucapan awam mengenai isu-isu semasa dibincangkan secara umum oleh golongan muda.

“Saya berpandangan kejayaan hari ini akan disusuli dengan lebih banyak perbincangan formal, akan ada perbincangan yang lebih rancak di media sosial dan juga media arus perdana termasuk televisyen dan radio,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd