• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi PD Mohon Isytihar Anwar Tidak Layak Bertanding

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengundi berdaftar di Port Dickson (PD) menfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Noraziah Mohd Shariff menfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Anwar dan Lembaga Pengampunan sebagai responden pertama serta kedua.

Peguam Datuk M. Reza Hassan ketika dihubungi, berkata pihaknya menfailkan saman itu melalui sistem e-filing pada pukul 8 malam.

Dalam saman tersebut, wanita itu selaku pemohon, antaranya menuntut perintah deklarasi bahawa pengampunan yang diberikan kepada Anwar adalah tidak membatalkan hilang kelayakan untuknya menjadi anggota Parlimen berikutan sabitan jenayahnya.

Beliau juga memohon satu deklarasi bahawa Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pengampunan Anwar adalah tidak menepati Perlembagaan dan pengampunan itu terbatal memandangkan Lembaga Pengampunan itu tidak ditubuhkan selaras dengan Artikel 42(5) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon turut memohon perintah bahawa responden pertama (Anwar) adalah tidak berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sehingga tempoh hilang kelayakannya tamat.

Noraziah dalam afidavit sokongannya yang disertakan dengan saman pemula berkata beliau memohon perintah itu atas alasan mengikut Perkara 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 adalah hilang kelayakan untuk menjadi anggota Parlimen.

Mengikut afidavit itu juga, Noraziah mendakwa pada 16 Mei 2018, Anwar telah dilepaskan setelah menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan jenayah yang menjadikan beliau hilang kelayakan untuk menjadi anggota Parlimen.

Dakwanya lagi Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat responden kedua (Lembaga Pengampunan) telah memberikan pengampunan kepada Anwar pada 16 Mei 2018, namun Yang Di-Pertuan Agong tidak pernah membatalkan hilang kelayakan responden pertama seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 48(1) (e).

Noraziah juga mendakwa responden kedua yang ditubuhkan bagi menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pengampunan responden pertama telah ditubuhkan tanpa mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan berikutan ketiadaan Menteri Wilayah dan Peguam Negara pada masa mesyuarat pengampunan dijalankan.

Saman pemula itu juga turut disertakan dengan perakuan segera yang diikrarkan peguam Umi Farhanah mohd Nasir supaya mahkamah mendengar saman itu dengan kadar segera atas alasan Plihan Raya Kecil PD dijadual diadakan pada 13 Okt di mana responden pertama menjadi calon.

Selain itu, status pengampunan responden pertama juga perlu diputuskan dengan kadar segera kerana ia berhubung kait dengan hilang kelayakan beliau selaras dengan Perkara 48(1)(e). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd