• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengesan Tsunami ‘Terlepas’ Gelombang Besar

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik Pusat (BMKG), Indonesia menarik balik amaran tsunami, 34 minit selepas kali pertama ia dikeluarkan berikutan gempa bumi kuat yang menyebabkan ombak besar membadai pantai laut pulau Sulawesi sehingga mengorbankan ratusan nyawa manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal, semalam.

Gempa bumi kuat berskala 7.5 magnitud menyebabkan tsunami yang melanda bandar Palu. Ia terletak kira-kira 1,500 kilometer dari Jakarta dan sepanjang pantai dan setakat ini hampir 400 orang dilaporkan terkorban.

Pegawai berkata hari ini, jumlah kematian dijangka meningkat.

Ketika bencana berlaku, semalam, ratusan orang sedang berkumpul bagi meraikan satu perayaan di pantai Palu apabila gelombang setinggi enam meter membadai daratan pada lewat petang semalam dan menghanyutkan mangsa.

Susulan bencana itu, BMKG berdepan kritikan, hari ini di media sosial apabila ramai natizen mempersoalkan mengapa amaran tsunami ditarik balik terlalu awal.

Agensi berkata, pihaknya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan membuat panggilan untuk ‘menamatkan’ amaran berdasarkan data diperoleh daripada alat pengesan pasang surut terdekat iaitu sekitar 200 kilometer dari Palu.

“Kami tidak mempunyai pemerhatian data dari Palu. Jadi kami menggunakan data yang kami ada dan membuat panggilan berdasarkan data itu,” kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami di BMKG. – Reuters/BH ONLINE

Tags: IndonesiaTsunami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd