• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Ihsan JBPM Selamatkan Remaja Orang Asli

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan seorang remaja Orang Asli yang mengalami demam panas kritikal, petang semalam.

Pengawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Farhan Marzuki berkata pihaknya membawa keluar Sopia Jendi, 18 yang tinggal di Pos Bihai selepas dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Penerbangan menggunakan pesawat Agusta A109E itu berlepas dari Pangkalan Subang pada 12.30 tengah hari sebelum tiba di perkampungan tersebut kira-kira sejam kemudian.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Farhan berkata penerbangan itu diketuai juruterbang Timbalan Penguasa Bomba Mohd Faizal Abd Latiff dibantu penolong juruterbang Penolong Penguasa Kanan Bomba 1 Roslan Aziz.

Beliau berkata ia merupakan penerbangan ihsan ke-40 yang dilakukan oleh agensi itu pada tahun ini di Kelantan bagi membantu membawa keluar masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan rawatan kerana mereka berdepan kesukaran membawa keluar penduduk kerana jalan darat yang teruk.

Katanya pihaknya turut menjangkakan lebih banyak penerbangan ihsan akan dilakukan pada musim tengkujuh kerana penduduk sering terputus hubungan akibat banjir atau jalan darat yang rosak.

“Kita sentiasa bersedia memberi khidmat penerbangan ihsan kerana kita memahami masalah perhubungan yang dihadapi penduduk masyarakat itu untuk ke hospital jika berdepan sakit kritikal,” katanya. – BERNAMA

Tags: JBPMOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd