• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

oleh AK-47
13/10/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler di Pengkalan Kubor di Tumpat semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, treler itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya pada jam 10.15 malam dan anggota Batalion 9 (PGA9) turut menahan pemandu treler berusia 33 tahun.

Beliau berkata, kesemua kelapa itu ditemukan di bahagian belakang treler dan hasil pemeriksaan mendapati buah berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dipercayai untuk diseludup.

“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa itu ke negara jiran dan kesemua rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubur untuk tindakan lanjut di bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pasukannya turut merekodkan tiga kes rampasan bahan api iaitu dua kes di pangkalan haram Tualang, Tumpat dan Stor Surau Lama, Rantau Panjang pada hari yang sama.

Beliau berkata, kesemua petrol itu ditemukan di dalam tangki tambahan pada dua Proton Wira dan empat tong plastik di dalam stor yang keseluruhan berjumlah 820 liter.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk kereta, tangki tambahan dan minyak dianggarkan berjumlah RM25,681 dan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor dan Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. 

-Bernama

Tags: kelapapolisseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd