• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangan Milo Ais RM3.20, Peniaga Didenda RM30,000

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pemilik restoran didenda RM30,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual milo ais pada harga tidak munasabah.

Difahamkan, ia kes pertama seumpamanya yang melalui perbicaraan penuh mahkamah di negara ini.

Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Shihan Mohd Salim, 28, pemilik premis Anak Mami The Restaurant 3 di sini, selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atasnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat serta mengemukakan resit jualan antara Januari 2015 sehingga Mac 2016 bagi minuman milo ais.

Selain itu, tertuduh tidak dapat menunjukkan invois belian bagi produk milo, susu dan ais selain tanda harga minuman berkenaan bagi tempoh sama dalam masa tujuh hari bekerja bermula 9 Mei 2016.

Tertuduh yang diwakili peguam PJ Pereira, kali pertama didakwa di mahkamah pada 24 Oktober 2016.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Geoffery Gumalang dan Azmil Aspara.

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah dalam sidang media berkata, peniaga berkenaan didapati menjual milo ais di premisnya dengan harga RM3.20 segelas dan harga itu dirasakan agak mahal oleh pengguna sebelum aduan dibuat pada 7 Mac 2016.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga atau pemilik premis makanan mengambil iktibar daripada kes terbabit dan tidak meletakkan harga terlalu tinggi bagi setiap hidangan yang dijual.

“Saya juga menasihatkan pengguna supaya melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada sebarang keraguan berkaitan harga barangan yang dibeli termasuk makanan serta minuman,” katanya. – BH Online

Tags: didendamilo ais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd