• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Bola Sepak Mati Dipukul Penyokong Lawan

oleh Cj Mnh
24/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Puluhan individu ditahan, selepas sekumpulan penyokong daripada pasukan lawan memukul seorang peminat bola sepak Indonesia sampai mati menggunakan batang besi dan kayu, kata polis, hari ini.

Insiden membawa maut itu berlaku, sebelum satu perlawanan antara kelab tuan rumah, Persib Bandung dan Persija Jakarta. Kedua-dua kelab itu adalah seteru sengit dalam liga profesional tertinggi di Indonesia.

Peminat kelab Persija Jakarta, Haringga Sirla, 23, maut selepas dipukul sekumpulan penyokong Bandung di luar stadium utama di bandar Bandung yang terletak 150 kilometer di tenggara Jakarta.

Sejak insiden itu, 16 orang sudah ditahan kerana mempunyai kaitan dengan serangan, kata polis.

Menurut penganalisis bola sepak, Akmal Marhali, kes itu adalah kematian ke tujuh membabitkan perlawanan antara kedua-dua kelab terbabit, sejak 2012.

Katanya, Sirla adalah mangsa peminat bola sepak ke-70 yang maut dalam keganasan ketika perlawanan. – AFP

Tags: mautpenyokong bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd