• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peguam membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berkaitan keputusan mahkamah melepas dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga peguam mewakili kes melibatkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid memohon pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan Tommy menggugurkan kes tersebut.

Mohd. Khairul Azam dalam laporan polis itu berkata, beliau terkejut dengan kenyataan media SPRM yang amat terkejut dengan keputusan mahkamah melepas dan membebaskan Guan Eng dan Li Koon.

“Di dalam kenyataan media yang sama, SPRM juga menegaskan bahawa keputusan Peguam Negara menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Peguam Negara sendiri dan bukannya daripada SPRM.

“SPRM buat pertama kalinya dalam sejarah negara mengeluarkan kenyataan media sedemikian yang menunjukan konflik antara SPRM dan Peguam Negara. Kenyataan ini berbaur penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara Tommy Thomas dalam menggugurkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng,” kata Mohd Khairul Azam.

Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan beliau selaku penjawat awam, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah barat daya negeri itu kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Tuduhan kedua, Guan Eng sebagai penjawat awam didakwa mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di No. 25, Jalan Pinhorn pada harga yang diketahuinya tidak sepadan dengan nilainya, daripada Li Koon pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta di kediaman tersebut pada 28 Julai 2015.

Li Koon yang merupakan bekas pemilik banglo itu pula, didakwa bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan lot tanah dan banglo berkenaan di bawah harga pasaran di tempat dan pada tarikh yang sama. –UTUSAN ONLINE

Tags: laporan polisPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd