• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Disindir Tak Tahu Kira GST Beza SST

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIR… Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis persoal Kementerian Kewangan (MOF) yang bertanggungjawab terhadap cukai tidak tahu kiraan betul cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Sindiran bekas Perdana Menteri itu berikutan tindakan MOF memadam hantaran berupa infografik perbandingan harga di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan GST menerusi laman Facebook rasmi kementerian.

Tindakan pelik itu dibuat selepas pihak pentadbir akaun MOF tersebut menerima pelbagai kecaman netizen kerana didakwa melakukan kesilapan pengiraan harga akhir barangan yang perlu dibayar pengguna berdasarkan GST.

Najib menjelaskan pengiraan untuk GST seperti dipaparkan di dalam infografik yang dimuat naik MOF itu ternyata salah kerana tidak mengambil kira input cukai itu yang boleh dituntut oleh pengilang, pemborong dan peruncit.

Beliau yang juga bekas menteri kewangan berkata, jika mengikut pengiraan yang betul, contoh harga jualan kepada pengguna di bawah GST dengan guna margin keuntungan sama sepatutnya RM152.64 dan bukannya RM171.49.

“Bagaimana sebuah kementerian yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pelaksanaan sistem percukaian itu sendiri pula tidak tahu cara pengiraan yang betul sehingga boleh mengelirukan masyarakat?

“Setahu saya, selama sembilan tahun menjadi Menteri Kewangan, tidak pernah buat pengiraan yang amat ketara silap dan tidak pernah padam sebarang hantaran,” katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menggunakan saluran rasmi kementerian dan informasi kerajaan untuk cuba menipu rakyat marhaen dengan pengiraan yang ternyata salah.

“Biar rakyat menilai dengan sendiri pada hari ini iaitu hari pertama SST dilaksanakan jika harga barang telah turun atau pun sistem cukai lama ini hanya kononnya dibayar pengilang sahaja,” jelas beliau. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: GSTkementerian kewanganSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd