• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Panik Dengan Prestasi Pemain Badminton

oleh
06/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa semua pemain serta kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkerja keras daripada sekarang bagi memastikan sukan itu mempunyai wakil yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Katanya, beliau mengakui panik berikutan prestasi hambar skuad negara yang pulang dengan tangan kosong buat pertama kali pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berakhir Ahad lalu.

“Saya dan kepimpinan BAM mempunyai harapan yang tinggi terhadap pemain dan yakin mereka mampu melangkah lebih jauh.

“Usaha perlu bermula dari sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Bawah 15 Tahun anjuran Astro di Stadium Bukit Kiara di sini,hari ini.

Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau meminta semua pihak bersabar dan barisan kepimpinan BAM sedang berkerja keras untuk memastikan Malaysia mempunyai dua wakil yang layak beraksi dalam setiap acara pada Sukan Olimpik Tokyo.

Selain itu, katanya, BAM berhasrat mewujudkan jawatan pengarah kejurulatih bagi memantapkan lagi sistem kejurulatihan serta membantu pemain mencapai prestasi yang lebih baik.

”​​​​​​​Perkara ini perlu dilihat secara terperinci memandangkan ia melibatkan faktor kewangan,” katanya.

“Kadang-kadang saya fikir duit lebih baik dibelanjakan dengan memberikan pendedahan kepada pemain terutamanya dalam kelayakan ke Sukan Olimpik tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd