• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Boleh Capai Lebih Tujuh Pingat Emas

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kontinjen Malaysia mampu mencapai lebih daripada tujuh pingat emas yang dimenangi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang melabuhkan tirai semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Semasa saya masuk pejabat (memulakan tugas sebagai menteri), saya dimaklumkan sasaran pingat minimum kita ialah tujuh emas. Bagaimanapun, bagi saya secara peribadi, saya tidak mahu minimum.

“Saya tidak suka tengok kadar paling rendah walaupun kita capai sasaran. Malaysia bukan negara (setakat raih pingat) minimum,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pencapaian atlet Malaysia pada sidang media penganjuran Konsert dan Festival “Sayangi Malaysiaku” anjuran bersama Perbadanan Stadium Malaysia serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia (Aswara) di sini, hari ini.

Konsert dan Festival “Sayangi Malaysiaku”, yang akan diadakan pada 14 hingga 17 Sept ini adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia 2018.

Jika dilihat daripada prestasi semasa atlet, Syed Saddiq berkata kontinjen negara boleh mencapai jumlah pingat emas yang lebih banyak.

“Sebenarnya kita boleh mencapai 11 pingat emas dan kita hanya capai tujuh. Daripada jumlah itu kebanyakan pingat emas yang diraih bukan daripada acara Sukan Olimpik.

“Saya pernah katakan kepada pegawai di kementerian sebelum ini, kita tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan atlet, itu tidak betul. Kita tidak seharusnya menyalahkan atlet, tetapi perlukan tanggungjawab besar daripada kementerian dan pada masa yang sama daripada persatuan sukan kebangsaan. Atlet sudah banyak korbankan masa dan keringat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq akan meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyediakan laporan lengkap prestasi atlet mereka pada Sukan Asia.

“Mereka (BAM) mendapat peruntukan agak banyak, penajaan paling tinggi tetapi malangnya tiada sebarang pingat pada Sukan Asia kali ini. Ini kerana mereka antara harapan kita untuk meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik nanti,” kata beliau.

Menurut Syed Saddiq, pihaknya akan mengadakan satu ‘post-mortem’ yang komprehensif termasuk bagi Program Podium dalam masa terdekat supaya kementerian dapat memastikan pembangunan sukan di Malaysia akan lebih khusus dan mempunyai arah tuju yang jelas.

Satu sidang media khas pasca Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 akan diadakan di Kementerian Belia dan Sukan, esok. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd