• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liza Hanim Tak Sangka Angan-Angan Jadi Realiti Selepas 21 Tahun

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH 21 tahun bergelar penyanyi, Liza Hanim menganggap peluang untuk menjayakan persembahan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur, ibarat satu mimpi indah.

Liza, 38, berkata dia tidak menyangka bermula daripada perbualan kosong akhirnya impian itu dapat direalisasikan.

“Semasa menghadiri meeting untuk konsert di Singapura, saya ada berbual kosong mengenai impian untuk beraksi bersama MPO.

“Tak sangka pula rezeki apabila ada yang menawarkan peluang tersebut. Setelah 21 tahun jadi penyanyi, baru sekarang ia tiba,” katanya kepada mStar Online.

Liza dan Aishah teruja menjayakan konsert Semalam Di Malaya, hujung minggu ini.

Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan sempena Hari Malaysia itu bakal berlangsung pada 15 dan 16 September ini.

Dalam konsert tersebut, Liza turut berkongsi pentas dengan tiga penyanyi hebat yang lain iaitu Aishah, Musly Ramlee dan Rachel Guerzo Trio.

Sementara itu, penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini memberitahu peluang menjayakan persembahan bersama MPO merupakan satu bentuk penghormatan yang diberikan kepadanya sebagai penyanyi.


LIZA Hanim (kiri), Aishah, Rachel Guerzo dan Ahmad Muriz Che Ros ketika hadir pada sidang media Konsert MPO di Hotel Traders.

“Sejujurnya, saya memang ternanti-nantikan saat ini kerana kita sendiri tahu kualiti persembahan daripada MPO kerana apabila berada di atas pentas itu memang feel dia lain macam.

“Ini merupakan satu penghormatan dan kalau tanya penyanyi lain pun, mereka mengimpikan peluang ini.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana mereka melihat dan menghargai bakat saya setelah 21 tahun berada dalam industri seni suara,” ujarnya.

Liza dijangka mempersembahkan beberapa lagu seperti Semalam di Malaya, Sayang di Sayang dan Jelingan Manja pada siri konsert itu. – mStar Online

Tags: KonsertLiza Hanim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd