• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

oleh Cj Mnh
24/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia adalah langkah paling wajar dilakukan pemimpin itu seperti dilakukan bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi memulihkan semula MCA, cara paling terhormat adalah beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan pemimpin Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Menara Dato Onn, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tiong Lai ketika berucap dalam Konvensyen MCA Selangor semalam yang menyarankan UMNO patut disingkirkan daripada Barisan Nasional (BN) atau membubarkan BN jika UMNO meneruskan kerjasama dengan PAS.

Sementara itu, Annuar menegaskan, kerjasama di antara UMNO dengan PAS adalah bergantung kepada keadaan atau peristiwa.

“Contohnya, kerjasama itu wujud ketika pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan DUN Seri Setia.

“Kerjasama itu bukan seperti hendak membawa masuk PAS ke dalam BN. Itu perlu keputusan konsensus dalam BN,” katanya.

Beliau turut berkata, kerjasama di antara UMNO dan PAS disebabkan landskap politik hari ini tidak memungkinkan parti pembangkang bergerak secara sendirian.

“Kita tidak boleh bergerak sendiri, perlu pragmatik dan realistik. BN perlu mencari opsyen sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – BH Online

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd