Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

2 Inisiatif Tingkat Industri...

KUALA LUMPUR - Dua inisiatif baharu akan dilaksanakan bagi merancakkan lagi industri kreatif...

Aiman Bersyukur Dibantu Pelakon-Pelakon...

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, penyanyi, Aiman Tino bakal membuat penampilan sulungnya dalam...

Amerika Gesa China Tutup...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan...

5 Koridor Utama Negara...

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Kerajaan Sabah Berusaha Sedia Peluang Pekerjaan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan melaksanakan segala kemampuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda khususnya pelajar keluaran universiti dan kolej di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata untuk ke arah usaha itu Sabah tidak akan hanya akan bergantung kepada sektor seperti pertanian, namun akan mempertingkatkan usaha ke bidang perindustrian.

“Untuk membangunkan negeri ini…kita mahu melihat Sabah menjadi sebuah negeri perindustrian. Maka dengan itu kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melaksanakan segala kemampuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam usaha membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018 di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 679 graduan daripada lapan Kolej Komuniti di seluruh Sabah menerima sijil. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata adalah tidak mencukupi apabila kerajaan hanya mengeluarkan sijil, diploma atau ijazah namun apa yang paling penting ia diselaraskan dengan peluang pekerjaan yang ada.

“Apa yang paling penting kita perlukan selaraskan apa sebenarnya peluang pekerjaan yang diperlukan dalam industri di negara kita khususnya di Sabah.


“Oleh sebab itu dalam kerajaan baharu Sabah kita telah mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi untuk membolehkan kita melihat dan membantu usaha nasional dari segi bagaimana kita meningkatkan daya upaya mengeluarkan sumber manusia yang benar-benar diperlukan pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu melihat kejayaan pelajar untuk mendapatkan sijil sahaja, namun apa yang paling penting adalah peluang pekerjaan yang diperolehi sebaik sahaja mereka mendapatkan sijil.

“Apa yang kita mahu ialah adalah pelajar berkenaan akan mendapat peluang pekerjaan sebaik sahaja keluar dari kolej atau universiti …sehubungan itu saya berharap sistem kurikulum pendidikan yang ada pada masa kini diselaraskan agar pelajar yang dikeluarkan dari kolej-kolej bertepatan dengan peluang pekerjaan yang ada.

“Selain itu pelajar perlu diberi bimbingan dalam bidang-bidang tertentu agar para graduan yang dihasilkan lebih berinovatif dan kreatif bersesuaian dengan perubahan dunia pada masa kini, sekali gus meningkatkan keupayaan negara kita bersaing di peringkat antara bangsa,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori