• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

oleh AK-47
30/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama menyahut seruan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum RM1,700.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, melihat kepada prestasi kewangan TNB ianya jelas bahawa syarikat utiliti itu mencatatkan pertumbuhan keuntungan yang memberangsangkan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, keuntungan selepas cukai syarikat itu pada separuh tahun pertama 2024 meningkat sebanyak 82.3 peratus kepada RM2.2 bilion.

“Hasil daripada keuntungan itu, TNB sudah membayar dividen sesaham sebanyak 25 sen kepada pelaburnya.

“Justeru, tindakan TNB untuk yang terawal melaksanakan gaji minimum harus dipuji kerana syarikat itu menunjukkan komitmen tinggi kepada warga kerjanya yang bekerja untuk syarikat dengan penuh dedikasi,” katanya.

Beliau mengulas penghargaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengucap terima kasih kepada pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana bersetuju menjadi GLC pertama menyahut seruan kerajaan, naikkan kadar gaji minimum anggota TNB.

Selain itu, Anwar ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-75 TNB di Pusat Konvensyen Leo Moggie turut menghargai langkah TNB meluluskan kenaikan gaji dan pendapatan kepada seluruh warga kerja syarikat utiliti itu yang disifatkannya sebagai antara langkah menjaga kebajikan kakitangan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Mengulas lanjut berkenaan gaji di negara ini, Mohd Afzanizam berkata, buat masa ini sumbangan gaji ke dalam ekonomi negara adalah sekitar 33 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2023 berbanding sasaran 45 peratus Ekonomi Madani.

“Justeru, perlu ada banyak lagi usaha untuk menaikkan gaji pekerja dengan cara yang berhemah yang mana ia mementingkan peningkatan kemahiran serta produktiviti.

“Satu daripada dasar yang utama yang perlu ditekankan adalah Dasar Gaji Progresif yang bakal dilaksanakan. Selain itu, aspek pendidikan juga perlu diperkemaskan supaya pelajar di negara ini berminat mendalami ilmu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

“Di samping itu, dasar perdagangan antarabangsa melalui pelaksanaan pelbagai perjanjian perdagangan unilateral dan multilateral dengan pelbagai negara perlu diperhebatkan,” katanya.

Beliau berkata, ini supaya banyak perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat menembusi pasaran luar negara dan meningkatkan keupayaannya yang mana usaha ini akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

“Apa pun, secara umum untuk mencapai suatu gaji yang bermaruah ia memerlukan kesabaran serta pelaksanaan dasar yang strategik dengan konsisten dan jelas,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Gaji MinimumTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd